Wednesday, February 4, 2015

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPPB) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Pelaksanaan program pembangunan profesionalisme berterusan (PPPB) peringkat sekolah tahun 2015 adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli-ahli profesional dengan ilmu-ilmu serta maklumat terkini dalam bidang dan profesion masing-masing disamping bagi mengekalkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Oleh itu, pelan pembangunan ini adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah bagi memperkasa profesion perguruan.

Seiring dengan arus globalisasi yang pesat, penting untuk seseorang ahli profesional itu menguasai kepakaran dalam sesuatu bidang. Hal ini kerana, pengisian ilmu pengetahuan tidak terhenti di peringkat institusi pengajian tinggi sahaja malah melalui pelaksanaan program ini juga ia menjadi penyambung kepada proses pembelajaran secara berterusan. Oleh itu, program seperti pembangunan profesional ini perlu sebagai penjanaan ilmu secara berterusan bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi seorang ahli profesional dalam mengharungi cabaran globalisasi. Pengenalan program ini juga turut dilaksanakan dalam profesion perguruan yang mana menuntut diri masing-masing agar sentiasa up-to-date knowledge dan melalui kepakaran dalam kemahiran masing-masing ia mampu memberi persaingan di peringkat perdana. 
Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) ini dijalankan pada 21 Januari 2015 iaitu pada hari Rabu. Masa perjalanan program dilaksanakan adalah bermula pada pukul 2.15 petang iaitu bermulanya pendaftaran peserta yang terdiri daripada kesemua guru-guru, Penolong-penolong Kanan dan Guru Besar Sk Sik Dalam. Pendaftaran ini adalah sebagai bukti penyertaan kesemua guru-guru terlibat dalam menjayakan program ini. Seterusnya, pada pukul 2.45 petang, program bermula dengan dihadiri tetamu jemputan iaitu En. Shukari Yaakob iaitu Guru Besar Sk Sik serta selaku Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sik. Penglibatan beliau adalah sebagai fasilitator di dalam program ini. Sebelum itu, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Besar Sk Sik Dalam selaku tuan rumah, En. Noor Ahmad dengan menerangkan serba sedikit mengenai perjalanan program berlansung serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang hadir sebagai peserta dalam program ini. Seterusnya, program ini berakhir pada pukul 4.45 petang dan fasilitator serta para peserta dijemput untuk menikmati jamuan makan petang.

Pendaftaran para peserta yang terdiri daripada guru-guru Sk Sik Dalam (Eh??apa Midi buat tu?)

Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk Sik Dalam, Encik Noor Ahmad Bin Noordin. Tetamu jemputan, En. Shukari Yaakob selaku Guru Besar Sk Sik Dalam serta merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar Zon Sik.  (Guru Besar menyampaikan sebuah lagu..hehe)

Para peserta yang hadir. Sesi taklimat dan ceramah yang disampaikan oleh Encik Shukari.  

Para peserta bersama-sama me'NYUMBANG'kan lagu Transformasi Pendidikan Negara.

Lirik Lagu Transformasi Pendidikan Negara.

Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan telah diberi tugasan untuk melakarkan jawapan di kertas mahjung berdasarkan soalan yang diberikan oleh fasilitator.  (Ustaz Din dok fikir nak buat plan surau baru ni...)

Para peserta dikehendaki membentangkan tugasan yang diberikan di hadapan dan berkongsi idea serta maklumat kepada peserta yang lain. (Cikgu Nasir menyampaikan nasyid yang bertajuk 'Ingat 5 Sebelum 5')

Hasil tugasan yang telah dibentangkan.

Pemberian cenderahati yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kurikulum Encik Mohd Sharif Bin Yeon dan jamuan makan petang disediakan di Pra Sk Sik Dalam.

Strategi KPM adalah untuk memastikan peningkatan kompetensi individu untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan. Selain itu, PPPB ini adalah bersifat dinamik, fleksibel dan memenuhi keperluan individu, organisasi dan mematuhi standard semasa. Seterusnya, ia juga bertanggungjawab dalam mengahasilkan modal insan pada abad ke-21.